KUALA LUMPUR – Pemilik Oriental Kopi, Datuk Calvin Chan, mengambil tindakan menambah baik penggunaan bahasa pada menu rangkaian restoran itu selepas menerima teguran orang ramai.

Beliau memaklumkan menu setebal 80 muka surat akan ditukar kepada Bahasa Melayu melibatkan lebih 2,000 buku menu yang digunakan di premis Oriental Kopi.

Dalam perkembangan itu, Calvin turut menyampaikan permohonan maaf kepada rakyat Malaysia dan menerima teguran berkenaan secara terbuka.

Isu penggunaan bahasa pada menu restoran itu sebelum ini mencetuskan perbincangan dalam kalangan pengguna media sosial, khususnya mengenai kepentingan mengutamakan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Sebahagian netizen mempersoalkan ketiadaan penggunaan Bahasa Melayu pada menu berkenaan, manakala ada yang menggesa pihak restoran melakukan perubahan.

Tindakan Calvin memperkenalkan menu dalam Bahasa Melayu dilihat sebagai langkah susulan terhadap maklum balas pelanggan dan orang ramai.

Leave a Reply

Penafian Tanggungjawab

Sebagai sebuah organisasi media, kami menghormati kepelbagaian pandangan. Namun, semua komen yang disiarkan di laman ini adalah tanggungjawab masing-masing dan tidak mencerminkan pendirian atau tanggungjawab kami.

© 2026 KL Broadcast All Rights Reserved.

Discover more from KL BROADCAST

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading