WASHINGTON- Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan  pada Khamis Pejabat Oval di Rumah Putih sebagai mercu tanda negara, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Langkah itu bertujuan melindungi Pejabat Oval dan Bilik Kabinet daripada sebarang pengubahsuaian pada masa hadapan, kata Trump ketika menandatangani perintah eksekutif berkenaan di White House.

“Ia akan memastikan tiada pihak yang boleh merosakkan ruang yang luar biasa ini,” katanya.

“Ruang ini merupakan simbol negara kita serta keagungan negara kita,” tambah Trump.

“Tiada sesiapa yang akan dibenarkan menyentuh, memusnahkan atau merobohkannya atas kehendak individu yang berniat cetek semata-mata untuk membina sesuatu dengan bentuk yang sedikit berbeza.”

Deklarasi berkenaan bagaimanapun masih perlu disahkan oleh Kongres AS.

Pejabat Oval merupakan antara ruang paling dikenali di negara itu dan berfungsi sebagai pejabat kerja utama presiden AS selama hampir satu abad, menurut Rumah Putih.

Sejak menyandang jawatan presiden, Trump telah menyadur ruang berkenaan secara meluas dengan pelbagai perhiasan bersalut emas serta menghiasi dindingnya dengan potret berbingkai.

–BERNAMA-dpa

Leave a Reply

Penafian Tanggungjawab

Sebagai sebuah organisasi media, kami menghormati kepelbagaian pandangan. Namun, semua komen yang disiarkan di laman ini adalah tanggungjawab masing-masing dan tidak mencerminkan pendirian atau tanggungjawab kami.

© 2026 KL Broadcast All Rights Reserved.