JOHOR BAHRU – Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun mengalami kecederaan selepas diserang sekumpulan anjing liar ketika bermain di taman permainan berhampiran flat kos rendah di Lima Kedai, Johor, pada Isnin. Kejadian dipercayai berlaku antara jam 3 petang hingga 4 petang ketika mangsa berada di kawasan permainan sebelum diserang antara enam hingga lapan ekor anjing. Seorang lelaki yang menyaksikan kejadian itu bertindak membaling batu ke arah haiwan berkenaan bagi menghalang serangan berterusan dan membantu menyelamatkan mangsa. Kanak-kanak itu mengalami kecederaan pada bahagian mata, leher, kepala serta badan sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru untuk mendapatkan rawatan. Dalam kejadian berasingan pada hari sama, seorang remaja lelaki berusia 15 tahun turut berdepan serangan anjing liar sekitar jam 6 pagi. Remaja berkenaan berjaya menghalau haiwan tersebut sebelum melarikan diri ke tangga bangunan, namun mengalami kecederaan pada bahagian kaki. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Iskandar, Datuk Pandak Ahmad berkata, perkara itu sudah dimaklumkan kepada pihak berkuasa tempatan untuk tindakan lanjut. Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dilaporkan akan melaksanakan operasi bagi menangani masalah anjing liar di kawasan terbabit. Kejadian berulang itu menimbulkan kebimbangan penduduk setempat, terutama ibu bapa yang risau akan keselamatan anak-anak ketika menggunakan kemudahan awam di kawasan perumahan. Tindakan pihak berkuasa bagi menangani masalah berkenaan kini menjadi perhatian penduduk bagi memastikan insiden seumpama itu tidak berulang. READ MORE
KOTA KINABALU – Kementerian Komunikasi sedang merangka kaedah terbaik bagi memperluas program e-Tuisyen Rakyat bagi membolehkan pelajar yang mempunyai capaian… READ MORE
KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memperuntukkan RM2.24 juta bagi kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan kemudahan di Program Perumahan… READ MORE
TELUK INTAN – Kementerian Digital meneruskan usaha memperluas pembudayaan digital dalam kalangan masyarakat menerusi Program Minggu Digital Kementerian Digital 2026… READ MORE
KUALA LUMPUR – Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri TPr. Fadlun Mak Ujud meneruskan sesi turun padang dengan meninjau lima… READ MORE
SUBANG – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyantuni dan meraikan 149 anak yatim menerusi program Joyride Flight Kembara… READ MORE
KUALA LUMPUR – Kerajaan MADANI akan terus meneliti cabaran yang dihadapi perusahaan kecil, khususnya berkaitan tekanan kos perolehan dan operasi… READ MORE
ALOR SETAR – Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kedah (JPVK) mengingatkan orang ramai supaya tidak mengambil tindakan sendiri terhadap haiwan yang disyaki… READ MORE
CHANGLUN – Hasrat seorang lelaki membantu seekor anjing terbiar yang kelaparan berakhir dengan tragedi apabila dia meninggal dunia akibat jangkitan… READ MORE
KUALA LUMPUR – Tindakan beberapa individu dipercayai aktivis yang menendang makanan dan barangan jualan seorang peniaga warga asing mengundang rasa… READ MORE
Sebagai sebuah organisasi media, kami menghormati kepelbagaian pandangan. Namun, semua komen yang disiarkan di laman ini adalah tanggungjawab masing-masing dan tidak mencerminkan pendirian atau tanggungjawab kami.
Visi dan misi kami: Menjadi platform media digital yang dipercayai dan berpengaruh, menyampaikan berita yang pantas, tepat dan berkualiti, serta menjadi pilihan utama masyarakat untuk mendapatkan maklumat terkini.
Dari idea ke promosi, kami uruskan konten dan pengiklanan anda. Hubungi kami di studio.broadcast@gmail.com
© 2026 KL Broadcast All Rights Reserved.